![]() |
Zulhelmi Taib PhotoGraphicDesign adalah sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan fotografi dan reka grafik berdaftar di Suruhan Jaya Syarikat Malaysia (NS 0044765-U). Mendapat pendidikan formal dalam kedua-dua bidang ini, serta minat yang mendalam terhadap seni reka komunikasi, saya menggabungkan teknik fotografi dan reka grafik bagi menghasilkan imej-imej yang lebih unik terutama untuk produk percetakan seperti "Photo book". Pengalaman dan pengetahuan dalam kedua-dua bidang ini membolehkan saya menawarkan konsep yang lebih sesuai untuk anda. Ini juga bermakna harga yang ditawarkan adalah lebih rendah berbanding harga pasaran kerana semua urusan rekaan grafik untuk gambar-gambar yang telah diambil dilakukan sendiri. Bergantung kepada kesesuaian dan citarasa anda, sama ada konsep klasik, foto-journalisme (kandid), artistik atau pencahayaan semula jadi, saya akan memastikan imej dan konsep yang dipaparkan pada "photo book" berkenaan akan dihargai. Saya juga bekerja sebagai jurugambar dan pereka grafik di The Persada , Ampang sambil bertindak sebagai jurugambar dan pereka bebas untuk pihak korporat dan individu. Alamilah keunikan gabungan seni fotografi dan rekaan grafik yang akan diabadikan seumur hidup anda. Terima kasih kerana sudi memilih Zulhelmi Taib PhotographicDesign untuk hari bersejarah anda. Terima kasih, Zulhelmi Taib. |
|

